2008年3月14日 星期五

一位马来同胞写给林吉祥的话

我刚刚在林吉祥的blog看到一位马来同胞的回复,分享给大家。malaysian's malaysia有望

musyu99 Says:
March 13th, 2008 at 11: 39.23

YB LKS,
Dalam komen saya beberapa artikel yang lepas ada saya mengatakan pakatan DAP/PKR/PAS bukan sahaja perlu untuk menafikan 2/3 majoriti kepada BN. Malah apa yang kami mahu BN terus di lumpuhkan kerana kami sudah tidak percaya lagi kepada BN.
Walaupun PKR/DAP/PAS berjaya mencapai hasrat menggagalkan 2/3 majoriti kepada BN namun kami juga berasa amat bangga apabila pakatan ini dapat merampas Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor. Satu bonus yang tidak diduga.
Untuk makluman YB, saya berbangsa melayu yang sebelum ini penyokong kuat BN. Selepas 4 tahun kepimpinan Pak Lah, saya sekeluarga mula rasa jengkel dengan kelemahan kepimpinannya dan yang tidak pernah berpegang kepada kata-kata. Malah kami tidak menyokong Islam Hadhari walaupun sebagai kaki tangan kerajaan dipaksa untuk menyokong segala arahan kerajaan BN.
Pada PRU12 ini, saya sekeluarga telah berpakat untuk tidak menyokong BN lagi dan kami percaya pakatan PKR/DAP/PAS akan dapat mengubah suasana politik negara. Apa lagi dengan slogan DAP: JOM UBAH! Kami yakin dan turut walaupun pada mulanya rasa sangsi dengan pakatan ini.
Oleh kerana kami tinggal dikawasan Kinrara, saya sekeluarga telah pergi ke pejabat DAP untuk mendapatkan bendera, banner DAP untuk kami membantu berkempen secara tidak langsung. Kami kibarkan bendera DAP dikereta dan rumah kami hingga menjadi perhatian orang ramai kerana mereka hairan, saya seorang berbangsa melayu dan kaki tangan kerajaan menyokong pakatan DAP/PKR/PAS. Saya berasa bangga mengibarkan bendera/banner PAS dikereta dan rumah saya.
Walaupun sumbangan kami kecil dari segi membantu berkempen untuk pakatan PKR/DAP/PAS. Kami lakukan dengan keikhlasan dan keyakinan bahawa pakatan ini boleh mengubah nasib Malaysia dengan lebih cemerlang lagi. Saya tidak mendaftar nama di pejabat DAP untuk bantu berkempen atau di lain-lain tempat parti pakatan. Bagi saya itu semua tidak penting tetapi yang lebih penting ialah kejayaan.
Kepenatan saya membantu berkempen akhirnya berbalas dengan kemenangan besar pakatan dibeberapa buah negeri dan persekutuan. Pada saat itu saya sekeluarga dengan megah tunjuk pada jiran-jiran kejayaan pakatan ini. Kita semua bersatu untuk mencapai kejayaan. DAP tidak lagi mainkan sentimen bangsa, PAS tidak bangkitkan soal ugama dan PKR boleh diterima oleh semua, malah boleh dikatakan masyarakat boleh terima pakatan ini.
Pada pagi ini apabila terbaca surat khabar tentang kemelut yang berlaku di Perak terutama kenyataan YB supaya ADUN DAP boikot majlis perlantikan MB Perak, hati kami begitu terguris dan amat sedih sekali. Sepatutnya YB perlu berfikir secara terbuka sebelum membuat sesuatu kenyataan terutama yang boleh menggugat kestabilan pakatan yang baru lahir ini. Pihak lawan sentiasa mencari peluang untuk merosakan pakatan yang mulia ini yang dibentuk atas aspirasi rakyat yang sedar dan insaf betapa perlunya kita hidup bermasyarakat.
Tetapi dengan kenyataan maaf YB ini, saya sekeluarga berlinang air mata bukan sahaja YB sanggup mengaku silap dan memohon maaf kepada DYMM Sultan perak secara terbuka tetapi yang lebih berkesan lagi ialah untuk memenuhi aspirasi rakyat yang berbilang kaum.
Saya sekeluarga sentiasa berdoa semoga YB dan lain-lain pucuk pimpinan parti pakatan PKR/DAP/PAS berada dalam petunjuk jalan yang lurus bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang dinamik dan mengkagumkan.
Terima kasih.


轉自:佳禮論壇


0 則留言:

張貼留言

各位鄉親,
因為您的電腦不穩定、網絡也不大穩定、伺服器不懂穩不穩定,所以建議您寫了長篇大論之後,先copy & paste在您的Notepad中,才按下「張貼意見」。因本站珍惜您的意見才有此忠告。皆因事有前例,友人長篇大論欲「泼」之時,電腦死機(俗稱「腦死」),他「幹」個不休。來電訴苦,我只聽到粗話,沒聽到留言內容。老夫子說:「真耐人尋味!」

 
版權所有 2013 天馬行空 + 妙想天開. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan